Just another WordPress.com weblog

Zaujah solehah (Bahagian 2)

Assalamualaikum…

Mari kita sambung tentang zaujah solehah ni lagi…

6. Tersusun urusan: kita para akhawat akan sibuk dengan banyak perkara, terutamanya urusan dakwah dan tarbiyah, jadi perlu belajar susun hidup betul-betul. Tips dari saya, setiap hari saya akan sediakan ‘To Do List’. Dalam senarai ini, saya akan tulis semua benda yang saya nak buat esok hari. Saya juga akan kategorikan setiap perkara itu mengikut keutamaan. Contohnya: Gosok baju abang (urgent!), masak nasi ayam (petang), baca bahan usrah (by Selasa) dan lain-lain. Selain itu, sediakan jadual hidup kita sehari-hari. Contohnya: malam – siapkan barang-barang suami untuk pergi kerja (kemeja, stokin, seluar etc); pagi – kena bangun awal, paksa suami pergi solat Subuh di masjid (kerana bagi lelaki, tarbiyah untuk menyusun waktu mereka adalah melalui solat jemaah di masjid); sebelum pergi kerja atau uni keluarkan ayam dari freezer; petang – masak dinner….dan sebagainya., terpulang kepada gaya hidup masing-masing. Yang penting, kita ada jadual hidup kita sehari-hari.

Sedikit perkongsian untuk tips memasak yang cepat:

a) keluarkan lauk di waktu pagi supaya bila balik rumah petangnya, dah boleh masak

b) setiap kali balik dari membeli daging atau ikan, potong daging kepada potongan kecil untuk dimakan, dan siang ikan siap-siap sebelum simpan dalam peti sejuk. Asingkan jumlah potongan itu mengikut berapa ketul untuk sekali masak. Jadi, bila nak keluarkan bahan mentah untuk masak, tak perlu amibl masa yang lama untuk defrost daging/ikan tersebut.

c) sediakan bahan-bahan asas dalam bentuk dah dikisar, memudahkan kerja kita. Contohnya, kisar cili kering/baang putih/bawang besar untuk stok seminggu dan simpan dalam peti sejuk. Jadi setiap kali nak masak, tak perlu potong bawang baru ๐Ÿ™‚

d)Sediakan menu makanan untuk seminggu

e) masak lauk lebih sedikit dan simpan dalam freezer. dengan cara ini, jimat masa untuk masak, kerana lauk lebihan tu boleh dimakan minggu depan atau 2-3 hari lagi.

Akhawat digalakkan untuk praktis tips ini bila dengan housemates/balik cuti dengan parents nanti ๐Ÿ™‚

7. Bermanfaat kepada orang lain: Buat kerja biar sampai tahap, bila kita ke mana-mana, orang merasai kehadiran kita, dan bila ย kita tiada, orang merasai ketiadaan kita. Jadikan diri kita berguna kepada orang lain. Rajin-rajinlah hulurkan bantuan. Volunteer untuk buat sesuatu tugasan. Tak perlu tunggu orang suruh. Yang penting, amalkan sifat berlumba-lumba membuat kebaikan (fastabiqul khairat!)

8. Mujahadah melawan nafsu: Kita akhawat kena ingat, kita semua adalah ISTERI KEDUA kerana ISTERI PERTAMA ADALAH DAKWAH! (ni untuk yang kahwin dengan ikhwah lah…kalau tak kahwin dengan ikhwah, usahakan supaya kita jadi isteri kedua!) Jadi, jangan asyik berharap suami akan duduk di rumah sahaja untuk melayan kita. Di awal perkahwinan, takpelah nak rasa rindu-rindu dan nak berdamping dengan suami selalu, tetapi sebaiknya dari awal lagi kita kena didik hati bahawa tugas suami adalah di luar dan suami tak boleh lekat di rumah lama-lama.

Ada satu kisah diceritakan oleh Ustazah Fariza, zaujah kepada Ustaz Halim Abdullah. Pada suatu hari, ditakdirkan segala aktiviti harian luar Ustaz Halim dibatalkan; jadi tiada meeting, tiasa usrah, tiada rehlah, tiada apa-apa. Maka, berada lah Ustaz Halim di rumah. Tapi kerana dah terlalu biasa dengan Ustaz Halim tiada di rumah, Ustazah Fariza sampaikan boleh berkata

” Macam ada spesis terlebih pulak kat rumah hari ni…”

Subhanallah! Ini ciri zaujah solehah yang kita nak! Zaujah yang menyokong dan mendokong usaha dakwah suami! Yang meredhai ketiadaan suami di rumah! Jangan sampai kita para isteri dan anak-anak ini, menjadi penyebab suami tidak keluar berjihad! Ingatlah ayat dari surah AtTaubah, ayat ke 24. (nanti check sendiri yek ayat ni)

Kita sebagai zaujah juga kena didik anak-anak untuk keluar berjihad, dan teladannya adalah zauj kita sendiri…

Namun begitu, kita sebagai isteri, tetap ada hak kepada suami…cuma nasihat saya, jangan terlalu menuntut hak itu sehinggakan hak Allah pula terabai…naudzubillah…

9. Berdikari: Akhawat kena ada banyak soft skills – pandai masak, boleh jaga anak, reti jaga bayi, boleh tukar lampin, ambil tahu tentang hal-hal kereta, tahu tukar tayar, ada kewangan sendiri (takut-takut ada musibah menimpa suami…), pandai berniaga (sebagai salah satu sumber rezeki) dan banyak lagi…dan yang paling penting, sebagai akhawat, kita kena tahu dan mahirkan diri dengan seni memikat hati suami dan mad’u ๐Ÿ™‚

10. Menepati masa: Yang penting, jaga amanah masa. Biar kita tunggu orang, jangan orang pula yang tunggu kita. Tips untuk punctual – cuba datang awal 10 minit dari masa yang ditetapkan, dengan cara ini, kita kan sentiasa ‘be on time’ …

Bersambung…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: