Just another WordPress.com weblog

Zaujah solehah (Bahagian 2)

Assalamualaikum…

Mari kita sambung tentang zaujah solehah ni lagi…

6. Tersusun urusan: kita para akhawat akan sibuk dengan banyak perkara, terutamanya urusan dakwah dan tarbiyah, jadi perlu belajar susun hidup betul-betul. Tips dari saya, setiap hari saya akan sediakan ‘To Do List’. Dalam senarai ini, saya akan tulis semua benda yang saya nak buat esok hari. Saya juga akan kategorikan setiap perkara itu mengikut keutamaan. Contohnya: Gosok baju abang (urgent!), masak nasi ayam (petang), baca bahan usrah (by Selasa) dan lain-lain. Selain itu, sediakan jadual hidup kita sehari-hari. Contohnya: malam – siapkan barang-barang suami untuk pergi kerja (kemeja, stokin, seluar etc); pagi – kena bangun awal, paksa suami pergi solat Subuh di masjid (kerana bagi lelaki, tarbiyah untuk menyusun waktu mereka adalah melalui solat jemaah di masjid); sebelum pergi kerja atau uni keluarkan ayam dari freezer; petang – masak dinner….dan sebagainya., terpulang kepada gaya hidup masing-masing. Yang penting, kita ada jadual hidup kita sehari-hari.

Sedikit perkongsian untuk tips memasak yang cepat:

a) keluarkan lauk di waktu pagi supaya bila balik rumah petangnya, dah boleh masak

b) setiap kali balik dari membeli daging atau ikan, potong daging kepada potongan kecil untuk dimakan, dan siang ikan siap-siap sebelum simpan dalam peti sejuk. Asingkan jumlah potongan itu mengikut berapa ketul untuk sekali masak. Jadi, bila nak keluarkan bahan mentah untuk masak, tak perlu amibl masa yang lama untuk defrost daging/ikan tersebut.

c) sediakan bahan-bahan asas dalam bentuk dah dikisar, memudahkan kerja kita. Contohnya, kisar cili kering/baang putih/bawang besar untuk stok seminggu dan simpan dalam peti sejuk. Jadi setiap kali nak masak, tak perlu potong bawang baru ūüôā

d)Sediakan menu makanan untuk seminggu

e) masak lauk lebih sedikit dan simpan dalam freezer. dengan cara ini, jimat masa untuk masak, kerana lauk lebihan tu boleh dimakan minggu depan atau 2-3 hari lagi.

Akhawat digalakkan untuk praktis tips ini bila dengan housemates/balik cuti dengan parents nanti ūüôā

7. Bermanfaat kepada orang lain: Buat kerja biar sampai tahap, bila kita ke mana-mana, orang merasai kehadiran kita, dan bila  kita tiada, orang merasai ketiadaan kita. Jadikan diri kita berguna kepada orang lain. Rajin-rajinlah hulurkan bantuan. Volunteer untuk buat sesuatu tugasan. Tak perlu tunggu orang suruh. Yang penting, amalkan sifat berlumba-lumba membuat kebaikan (fastabiqul khairat!)

8. Mujahadah melawan nafsu: Kita akhawat kena ingat, kita semua adalah ISTERI KEDUA kerana ISTERI PERTAMA ADALAH DAKWAH! (ni untuk yang kahwin dengan ikhwah lah…kalau tak kahwin dengan ikhwah, usahakan supaya kita jadi isteri kedua!) Jadi, jangan asyik berharap suami akan duduk di rumah sahaja untuk melayan kita. Di awal perkahwinan, takpelah nak rasa rindu-rindu dan nak berdamping dengan suami selalu, tetapi sebaiknya dari awal lagi kita kena didik hati bahawa tugas suami adalah di luar dan suami tak boleh lekat di rumah lama-lama.

Ada satu kisah diceritakan oleh Ustazah Fariza, zaujah kepada Ustaz Halim Abdullah. Pada suatu hari, ditakdirkan segala aktiviti harian luar Ustaz Halim dibatalkan; jadi tiada meeting, tiasa usrah, tiada rehlah, tiada apa-apa. Maka, berada lah Ustaz Halim di rumah. Tapi kerana dah terlalu biasa dengan Ustaz Halim tiada di rumah, Ustazah Fariza sampaikan boleh berkata

” Macam ada spesis terlebih pulak kat rumah hari ni…”

Subhanallah! Ini ciri zaujah solehah yang kita nak! Zaujah yang menyokong dan mendokong usaha dakwah suami! Yang meredhai ketiadaan suami di rumah! Jangan sampai kita para isteri dan anak-anak ini, menjadi penyebab suami tidak keluar berjihad! Ingatlah ayat dari surah AtTaubah, ayat ke 24. (nanti check sendiri yek ayat ni)

Kita sebagai zaujah juga kena didik anak-anak untuk keluar berjihad, dan teladannya adalah zauj kita sendiri…

Namun begitu, kita sebagai isteri, tetap ada hak kepada suami…cuma nasihat saya, jangan terlalu menuntut hak itu sehinggakan hak Allah pula terabai…naudzubillah…

9. Berdikari: Akhawat kena ada banyak soft skills – pandai masak, boleh jaga anak, reti jaga bayi, boleh tukar lampin, ambil tahu tentang hal-hal kereta, tahu tukar tayar, ada kewangan sendiri (takut-takut ada musibah menimpa suami…), pandai berniaga (sebagai salah satu sumber rezeki) dan banyak lagi…dan yang paling penting, sebagai akhawat, kita kena tahu dan mahirkan diri dengan seni memikat hati suami dan mad’u ūüôā

10. Menepati masa: Yang penting, jaga amanah masa. Biar kita tunggu orang, jangan orang pula yang tunggu kita. Tips untuk punctual – cuba datang awal 10 minit dari masa yang ditetapkan, dengan cara ini, kita kan sentiasa ‘be on time’ …

Bersambung…

Advertisements

Assalamualaikum,

 

Baru-baru ini saya diberi kesempatan untuk menyampaikan ceramah kepada sekumpulan akhawat di Besut berkenaan tajuk ‘Zaujah Solehah’. ¬†Pada mulanya, pening sekali memerah otak memikirkan apa isi-isi penting yang ingin saya sampaikan, kerana saya bukanlah calon zaujah solehah yang terbaik (walaupun dalam hati sangat inginkan gelaran ini dari sang suami!). Sekian lama berfikir, alhamdulillah Allah ilhamkan beberapa kandungan utama untuk pengisian saya.

 

Ingin sekali saya kongsikan pendapat saya berkenaan persedian untuk mencapai tahap zaujah solehah kepada semua akhawat di luar sana, terutama sekali yang semakin hampir melangkah ke gerbang perkahwinan. Alam berumahtangga ini penuh dengan kemanisan, tetapi banyak juga cabaran yang perlu dihadapi, jadi persediaan yang rapi , pada saya, amat penting.

‘Bismillahirrahmanirrahim…

Sebelum berumahtangga: 

¬†Soalan pertama: ¬†Apakah persediaan awal yang boleh dilakukan sebagai bakal zaujah kpd sebuah baitul muslim…Ciri2 seorang zaujah solehah.

 

Pada akak, kena ada persiapan fizikal dan mental serta rohani. Macam mana? Melalui 10 ciri muwasofat yang kita belajar. Nak bina baitul muslim, kena mula dengan individu muslim terlebih dahulu.

1.  Aqidah yg sejahtera : suami isteri kena seaqidah DAN SEFIKRAH. Kena jelas mana Islam mana kafir (eg syiah, pluralisme, perbezaan mazhab). Sefikrah supaya senang utk jalankan kerja2 dakwah.

2.  Ibadah yg sohih: pastikan ibadah khusus sempurna, especially solat, sebab nanti bila dah jadi ibu, kita jugak yang nak ajar anak-anak solat. Bacaan Al-Quran kena elok (lancar, tajwid betul, makhraj sedap). Tahu dan faham hukum hakam dan syariat. 

3. Akhlak yg sempurna: tiru akhlak Nabi dan para isteri, reti cara komunikasi dengan pelbagai peringkat umur masyarakat, especially dengan orang tua. Sebab,  nanti kita akan sentiasa berurusan dengan mak mertua, family mertua, makcik pakcik mertua etc. Tahu cara nk amik hati mertua ( beli hadiah, bawak gi jalan, bagi hadiah kat adik beradik ipar, tunjuk skill memasak, selalu senyum, selalu telefon or ziarah mertua). Akhawat kena pandai masak!!! Kena ada at least satu hidangan yg kita pandai masak!

4. Sihat tubuh badan: ikhwah pun lelaki, dan secara fitrahnya, setiap lelaki menginginkan bakal isteri yang slim dan ramping. Akhawat kena kuat dan banyak stamina. (kt oz dulu selalu naik basikal g uni, buat senamrobik, jogging, jalan kaki). Jaga tidur. Bykkan minum air masak. 8 gelas cecair sehari (sup cendawan pun dikira cecair, juga kopi teh milo dan Boost juice). Makan makanan berkhasiat. 

5. Berpengetahuan luas : akhawat kena tahu ilmu tentang fiqh munakahat, tentang biologi wanita (bila period, apa itu istihadah, apa nak buat untuk tangguhkan period, perancangan keluarga etc), tentang fisiologi dan psikologi lelaki (lelaki ni sifat dia macam mana, apa jadi kalau hormon lelaki tak seimbang, apa impak hormon testosteron kepada rumahtangga etc), tentang tarbiyatul aulad, dan tentang penjagaan diri. kalau akak nak ulas di sini, tak cukup masa, kena ada daurah lain pulak dua hari. Jadi akak cadangkan antunna baca buku-buku ni sebelum berkahwin: 

a) Mutiara Perkahwinan dalam Islam

b) Men from Venus, Women From Mars

c) Tarbiyatul Aulad/ Pendidikan Anak-anak dalam Islam oleh Abdullah Nasih Ulwan

 

 

Bersambung….

 

 

Pakar sakit puan???

Terbaca artikel Dr. Zainurrashid berkenaan krisis kekurangan pakar sakit puan wanita di Malaysia.

Terfikir sejenak;

Terpukul untuk menyahut cabaran ni, tapi mampu ke?

Anak ada dua, kecik lagi pulak tu…seorang masih menyusu badan, seorang lagi tengah nakal nak membesar…

Zauj minat nak jadi pakar dalam bidang ni juga, jadi boleh ke dua-dua nak belajar nanti? Dengan anak2 dan kerjaya yang tak tentu siang malam nanti?

Lagi satu, diri ni tak minat O&G sebenarnya, jadi boleh ke nak survive dalam bidang perubatan yang paling sukar ni?

Kemudian terbaca pula artikel balas dari Dr. Murizah, pakar sakit puan di Hospital Sultanah Bahiyah Kedah…tentang bagaimana dia menempuh ujian dan pelbagai dugaan hidup sepanjang menyambung kepakaran dalam bidang tersebut. Terkejut bila dapat tahu dia terpaksa bawa masuk anak sulungnya yang berusia 6 bulan ke dalam bilik bedah kerana tiada siapa yang nak menjaganya dirumah! Terkedu juga bila membaca suaminya sampai terpaksa stay up pujuk anak yang tak habis2 menangis untuk menunggu si ibu pulang ke rumah dari oncall dan menyusu!

Saya tanya zauj, sanggup ke dia buat perkara yang sama…dengan nada bersahaja, dia kata dia sanggup…tapi dalam hati , saya tak yakin dengan kemampuan dia…malah sampai sekarang, saya masih lagi tak yakin dia boleh menjaga anak dengan baik walaupun anak dah dua orang, apatah lagi bila sibuk nanti!

 

Huhuhu….

 

Tapi hati masih lagi menyimpan hasrat untuk menjadi pakar muslimah dalam bidang ini, apatah lagi bidang ini adalah salah satu fardu kifayah yang perlu disahut cabarannya oleh para doctor muslimah di luar sana!

 

Maka dengan ini, saya nekad unut mencuba. Mudah-mudahan, Allah memberi rezeki yang melimpah ruah untuk saya dalam bidang ini…

 

Ya Allah, mudahkanlah laluanku untuk menjadi pakar sakit puan nanti, amin!!!

 

 

Assalamualaikum…

Hari ini hari keempat saya balik ke rumah mertua di Pasir Mas. Hari ini juga, dah 3 hari penduduk Pasir Mas tiada bekalan air. Tapi rumah kami Alhamdulillah, ada 3 tangki air besar, dan juga air telaga, jadi setakat ini, cukup untuk menampung keperluan 9 orang yang tinggal di sini.

Besarnya dugaan mereka di bulan ramadhan ni. Bukan mudah hidup tanpa air ni, lebih-lebih lagi di kala panas terik dan dalam keadaan berpuasa. Bagi yang bekerja dan bersekolah, sukarnya nak ambil wudhuk dan mandi di pagi hari dengan jumlah air simpanan yang terhad. Itu pun kalau masih ada lagi air simpanan. Mana taknya, dah tiga hari, 72 jam tiada bekalan air. Lama-kelamaan air simpanan akan surut juga.

 

 

Semalam, Abah ke pejabat Jabatan Bekalan Air untuk membayar bil. Di situ, terdengar rungutan penduduk kepada orang JBA…

‚ÄúNi guano 2 hari air takdok lagi nih?‚ÄĚ tanya salah seorang penduduk pasir Mas menerusi telefon. (Macam mana Abah boleh dengar, saya tak pasti‚Ķyang pasti, ini cerita dari dia‚Ķ)

‚ÄúNok buwak ghano, demo tok abih lagi bekki paip air‚Ķkalu bukok air gak, habihlah air duk tubik mancut‚Ķpaip ni bukey laluey demo pong‚Ķsabar lah, nok wak ghano lagi‚Ķ‚ÄĚ balas si penjawab telefon.

Dalam hati saya terdetik beberapa perkara:

  1. Kalau di Australia, sekiranya akan ada gangguan bekalan air untuk membaiki paip, penduduk akan dimaklumkan terlebih dahulu. Masa membaiki selalunya tidak lama (kurang dari 24 jam), kecuali proses pembaikan tersebut melibatkan kerja yang besar. Sekiranya kerja dijangka mengambil masa beberapa hari, penduduk juga akan dimaklumkan supaya mereka lebih bersedia. Tetapi bekalan air selalunya hanya akan ditutup pada siang hari, dan bila habis waktu erja pejabat (ie jam 5 petang), bekalan air akan dibuka semula. Ini untuk memudahkan penduduk melakukan aktiviti harian mereka di waktu malam seperti biasa.
  2. Sebaliknya di Malaysia, sekiranya kerja pembaikan belum siap sehingga beberapa hari, selama itulah penduduk terpaksa menanggung kesusahan tiada bekalan air. Alhamdulillah, makluman ada dibuat, dan saya yakin pihak JBA berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan bekalan air dibuka semula secepat mungkin. Tetapi adakah tidak ada cara lain untuk membuka semula bekalan air di waktu malam?
  3. Kalau di Australia, pekerjanya tampak sungguh dedikasi dan cermat dalam membuat kerja, hatta kerja kasar sekalipun. Sekiranya paip yang perlu dibaiki terletak di bahu jalan, maka setakat bahu jalan sajalah ianya ditutup.
  4. Sebaliknya di Malaysia, kadang-kadang tempat membaikinya sedikit atau ruangnya kecil sahaja, tetapi satu jalan besar tu ditutup…

 

Bukan niat saya untuk memburukkan sesiapa, tambah lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini, tapi saya ingin ketengahkan perkara ini untuk dinilai semula. Mutu kerja masyarakat Malaysia, terutamanya orang Melayu Muslim, masih rendah dan kurang berkualiti. Padahal Islam mengajar sebaliknya . Islam mengajar umatnya supaya melakukan sesuatu perkara, samada ianya ibadah khusus mahupun tugasan duniawi,  dengan bersungguh-sungguh, seolah-olah tiada lagi hari esok. Tetapi sayang, umat Islam, terutama masyarakat Melayu, mengambil secara lewa isu ini. Sekiranya berdepan dengan sesuatu masalah, kita lebih cepat menyerah kepada takdir daripada berusaha keras untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Kerja yang ada masih banyak…susahnya Ya Allah…tolonglah permudahkan…dan istiqamahlah kami di jalanMu Ya rabbal alamiin…

p/s ‚Äď saja n letak link ni : http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20120802/fo_03/Pasir-Mas-tiada-air

Wassalam

setengah bulan…

Assalamualaikum,

Masya Allah…lip lap lip lap, tup tup, tengok2 blog, rupanya dah setengah tahun tidak ber-update…tak bagus ni…niat awal nk berdakwah dalam blog, tp kalau tidak ber-update, rugilah peluang dakwah ni…huhuhu…

dalam masa setengah tahun, banyak sangat benda berlaku..alhamdulillah, kesemuanya yang terbaik Allah dah aturkan…tiada yg lebih baik…kalau orang tanya apa yg kita nk ubah sekiranya diberi peluang undur masa, rasanya tiada yg saya nk ubah…kalau ada yang diubah, besar kemungkinan buurk pula jadinya…

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, syukur yang amat kepada Rabbal Alameen di atas nikmat masa ini…

kena stop dulu, tgh masak nasi ayam kat dapur…malam ni sambung lagi insyaAllah (ie bila dua2 si kecil dah tidur!)

ummu sofiy

ready or not?

Assalamualaikum,

 

perubahan itu perlu, malah ianya wajib. perubahan akan berlaku sama ada kita mahu atau tidak. rugi lah orang yang tidak mahu berubah, kerana mereka akan kekal di takuk lama. manusia yang mengalu-alukan perubahan, mereka inilah orang yang akan berjaya.

 

ready or not, here come CHANGE. mari saht cabaran ini!

 

ummu sofiy

Assalamualaikum….

Tuhan je yang tahu betapa susahnya nak suruh/mintak orang buat something…especially kalau benda yang kita nk mintak diorg buat tu, bukan datang dari diri diorg sendiri…ada orang, dia bersemangat, macam-macam benda dia nak buat, cuma dia takde kudrat atau kapasiti nak buat. Ada orang pulak, sume kemudahan dalam dunia dia ada, tapi takde benda pon yang dia semangat nak buat. Alangkah indahnya kalau dua-dua faktor ni bergabung. Kudrat + semangat = kerja yang hebat!

bagi saya, ini adalah masalah dzatiyyah. terutama sekali utk golongan yang kedua. bagi golongan yang pertama, dia dikira terselamat, sebab selagi mana dzatiyah itu bertapak kukuh dalam diri dia, insyaAllah dia akan berusaha untuk berbuat sesuatu demi mengatasi kelemahan yang dia ada (being it xde kudrat, xde kereta, xreti drive etc). tapi golongan yang kedua ni, agak merisaukan. bila semua kemudahan dah ada di sekeliling dia, kemalasan mula menjalar. ditambah pula kalau asalnya memang xde dzatiyah pon. golongan macam ni, kita kena push lebih sikit. dan orang yg push tu pon kena saaaaaaaaaaaaaaangat banyak bersabar, sebab nak push golongan kedua amik masa yang saaaaaaaaaaaaaangat lama, melainkan dzatiyah tu datang melompat ke dalam diri mereka…

apa itu dzatiyah kamu tanya? dzatiyah itu adalah tolakan/lonjakan dalaman dari dalam diri yang membolehkan seseorang manusia itu bergerak dan melakukan sesuatu amal, tanpa disuruh oleh orang lain. Contoh dzatiyah adalah dalam kisah burung Hud-hud dan Nabi Sulaiman. Burung hud-hud dimarahi oleh Nabi Sulaiman kerana tidak menghadiri perbarisan rutin, tetapi ia pulang dengan membawa khabar gembira, bahawa di satu tempat bernama Saba’, ada satu kerajaan yang menyembah matahari. Melihatkan ini peluang dakwah yang sangat besar, maka hud-hud melaporkan berita ini kepada nabi Sulaiman, dan ternyata, setelah membuat lawatan kepada ratu kerajaan tersebut, maka kerajaan Saba’ akhirnya berjaya diislamkan.

Jadi di mana ruang dzatiyah di situ? ianya terletak pada usaha burung hud-hud keluar dari medan amalnya yang biasa (ie kerajaan nabi Sulaiman) ke medan amal yang tidak diketahui bagaimana susah atau senangnya (ie kerajaan Saba’). Kalau setakat buat amal yang wajib, maka itu adalah tuntutan kepada kita¬† dan tidak dikira dzatiyah. Yang dikira sebagai dzatiyah adalah apabila kita melakukan sesuatu kerja/amal di luar bidang/medan/kawasan yang kita selalu bertapak. Ini adalah dzatiyah yang sebenar.

Jadi, bagaimana aplikasi kita pula dalam kehidupan seharian? banyak, bergantung kepada cara hidup kita. bagi mereka yang hidup sebagai pelajar,¬† belajar itu adalah tanggungjawab. oleh itu, dzatiyah itu adalah apabila dia menginisiasikan budaya ‘study group’ yang mana sebelum ini tidak pernah dibuat oleh rakan sekursusnya.

bagi mereka yang hidup berkeluarga, mengajar anak-anak tentang cara hidup islam itu adalah tanggungjawab, tetapi dzatiyah itu adalah apabila kelaurga tersebut mengajak keluarga lain utk sama-sama mengamalkan budaya hidup sebegitu kepada anak-anak mereka pula.

ini adalah dua contoh yang saya nampak. ada banyak lagi contoh besar dan kecil yang kita boleh ambil. terpulang kepada anda utk menilai.

allahualam…semoga peringatan ini memberi kesan kepada saya dan juga pembaca semua…

Tag Cloud