Just another WordPress.com weblog

dzatiyah yang hilang…betulkah?

Assalamualaikum….

Tuhan je yang tahu betapa susahnya nak suruh/mintak orang buat something…especially kalau benda yang kita nk mintak diorg buat tu, bukan datang dari diri diorg sendiri…ada orang, dia bersemangat, macam-macam benda dia nak buat, cuma dia takde kudrat atau kapasiti nak buat. Ada orang pulak, sume kemudahan dalam dunia dia ada, tapi takde benda pon yang dia semangat nak buat. Alangkah indahnya kalau dua-dua faktor ni bergabung. Kudrat + semangat = kerja yang hebat!

bagi saya, ini adalah masalah dzatiyyah. terutama sekali utk golongan yang kedua. bagi golongan yang pertama, dia dikira terselamat, sebab selagi mana dzatiyah itu bertapak kukuh dalam diri dia, insyaAllah dia akan berusaha untuk berbuat sesuatu demi mengatasi kelemahan yang dia ada (being it xde kudrat, xde kereta, xreti drive etc). tapi golongan yang kedua ni, agak merisaukan. bila semua kemudahan dah ada di sekeliling dia, kemalasan mula menjalar. ditambah pula kalau asalnya memang xde dzatiyah pon. golongan macam ni, kita kena push lebih sikit. dan orang yg push tu pon kena saaaaaaaaaaaaaaangat banyak bersabar, sebab nak push golongan kedua amik masa yang saaaaaaaaaaaaaangat lama, melainkan dzatiyah tu datang melompat ke dalam diri mereka…

apa itu dzatiyah kamu tanya? dzatiyah itu adalah tolakan/lonjakan dalaman dari dalam diri yang membolehkan seseorang manusia itu bergerak dan melakukan sesuatu amal, tanpa disuruh oleh orang lain. Contoh dzatiyah adalah dalam kisah burung Hud-hud dan Nabi Sulaiman. Burung hud-hud dimarahi oleh Nabi Sulaiman kerana tidak menghadiri perbarisan rutin, tetapi ia pulang dengan membawa khabar gembira, bahawa di satu tempat bernama Saba’, ada satu kerajaan yang menyembah matahari. Melihatkan ini peluang dakwah yang sangat besar, maka hud-hud melaporkan berita ini kepada nabi Sulaiman, dan ternyata, setelah membuat lawatan kepada ratu kerajaan tersebut, maka kerajaan Saba’ akhirnya berjaya diislamkan.

Jadi di mana ruang dzatiyah di situ? ianya terletak pada usaha burung hud-hud keluar dari medan amalnya yang biasa (ie kerajaan nabi Sulaiman) ke medan amal yang tidak diketahui bagaimana susah atau senangnya (ie kerajaan Saba’). Kalau setakat buat amal yang wajib, maka itu adalah tuntutan kepada kita  dan tidak dikira dzatiyah. Yang dikira sebagai dzatiyah adalah apabila kita melakukan sesuatu kerja/amal di luar bidang/medan/kawasan yang kita selalu bertapak. Ini adalah dzatiyah yang sebenar.

Jadi, bagaimana aplikasi kita pula dalam kehidupan seharian? banyak, bergantung kepada cara hidup kita. bagi mereka yang hidup sebagai pelajar,  belajar itu adalah tanggungjawab. oleh itu, dzatiyah itu adalah apabila dia menginisiasikan budaya ‘study group’ yang mana sebelum ini tidak pernah dibuat oleh rakan sekursusnya.

bagi mereka yang hidup berkeluarga, mengajar anak-anak tentang cara hidup islam itu adalah tanggungjawab, tetapi dzatiyah itu adalah apabila kelaurga tersebut mengajak keluarga lain utk sama-sama mengamalkan budaya hidup sebegitu kepada anak-anak mereka pula.

ini adalah dua contoh yang saya nampak. ada banyak lagi contoh besar dan kecil yang kita boleh ambil. terpulang kepada anda utk menilai.

allahualam…semoga peringatan ini memberi kesan kepada saya dan juga pembaca semua…

Advertisement

Comments on: "dzatiyah yang hilang…betulkah?" (1)

  1. mardhiah said:

    salam sis, sik ada lagik ka update kitak? tok lebih tiga bulan nak?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.